Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran dalam laman Facebook menegaskan, apabila pelantikan Perdana Menteri ke-10 sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut.
Ahmad Zahid juga juga memberitahu, tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara.